Piala Dunia FIFA 1986
Piala Dunia FIFA 1986

Piala Dunia FIFA 1986

Piala Dunia FIFA 1986 berlangsung di Mexico pada 31 Mei - 29 Jun 1986. Mexico menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-13, menggantikan Colombia yang menarik diri kerana masalah kewangan. Mexico dipilih sebagai pengganti tuan rumah pada tahun 1983 di Stockholm, Sweden. Calon-calon lain yang menawarkan diri sebagai penganti tetapi tidak terpilih ialah Kanada dan Amerika Syarikat. Ini merupakan kali kedua Mexico terpilih selaku tuan rumah setelah tahun 1970.Kurang dari setahun menjelang kejohanan, Mexico dilanda gempa bumi besar yang mengorbankan lebih 30 ribu orang. Gempabumi tersebut hampir sahaja membuatkan Mexico membatalkan menjadi tuan rumah. Disebabkan sebahagian besar stadium bolasepak masih utuh, FIFA memutuskan kejohanan tetap dilaksanakan di Mexico.Format yang digunakan tidak jauh berbeza dengan Sepanyol 1982, ke-24 pasukan finalis dibahagi kepada enam kumpulan. Perbezaannya, pada pusingan kedua, yang diikuti 16 pasukan, menggunakan sistem kalah-mati. Piala Dunia 1986 Mexico tidak boleh dipisahkan dengan Diego Armando Maradona. Tidak pernah, semenjak Pele melakukannya pada 1970, ada pemain yang secara "sendirian" mampu memberikan kemenangan kepada pasukannya selain Diego Armando Maradona. Maradona yang kemudian terpilih sebagai Pemain Kejohanan.

Piala Dunia FIFA 1986

Naib Juara  Jerman Barat
Tarikh 31 Mei – 29 Jun (30 hari)
Kehadiran 2,393,031 (46,020 per perlawanan)
Jumlah perlawanan 52
Pasukan 24 (dari 5 konfederasi)
Pemain terbaik Diego Maradona
Juara  Argentina (Kejuaraan Ke-2)
Penjaring terbanyak Gary Lineker (6 gol)
Tempat Ketiga  Perancis
Jaringan gol 132 (2.54 per perlawanan)
Negara tuan rumah  Mexico
Tempat Keempat  Belgium
Tempat 12 (di 9 bandar)

Rujukan

WikiPedia: Piala Dunia FIFA 1986 http://www.fifa.com/mm/document/afdeveloping/techn... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/aw... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re... http://www.fifa.com/worldcup/archive/edition=68/re...